Dalam perubatan tradisi Jintan manis

Sungguhpun tidak dibuktikan secara saintifik, jintan manis dipercayai memiliki banyak khasiatnya. Ia dapat melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ia juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu di sekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata. Selain itu juga, jintan manis ini dapat membuang lemak di pangkal paha dengan cara merebus jintan manis dengan 5 cawan air sehingga mendidih. Selepas itu biarkan air rebusan sejuk. Amalkan meminum air rebusan jintan manis ini pagi dan petang selama empat minggu.[perlu rujukan]